🌄 *Hari 'Arafah,
• Jika malam al Qadr tidak diketahui, maka *hari Arafah* sudah pasti.
• jika malam al Qadr MALAIKAT turun padanya,
• Maka sesungguhnya ALLAH turun pada *hari Arafah.*
• Maka rebutlah peluang emas ini dan bersungguhlah semampumu.
• kegiatan yang baik pada *hari Arafah,* kirimkan kepada orang yang anda sayang sehari dalam setahun ;
📝 Tidurlah lebih awal pada malam arafah agar mendapat kekuatan untuk melakukan ketaatan esoknya.(tahajjud, dsb)
📝 Bangunlah sebelum subuh untuk sahur dengan niat berpuasa hari tersebut.
📝 Solatlah dua atau empat rakaat sekurang kurangnya dengan berdoa dalam sujud utk kebaikan dunia dan akhirat dan bertahmidlah karena Allah telah mengaruniakan rezeki bertemu dengan hari penuh rahmat dan ampunan ini.
📝 Apabila fajar tiba, penuhilah dgn istighfar! moga tergolong dalam kalangan orang yang sering beristighfar di waktu sahur.
📝 Bersiap untuk solat fajar sebelum adzan lima menit dan menginsafi dosa agar ia luluh bersama air wudhu.
📝 Kemudian bacalah doa selepas wudhu.
📝 Solat subuh dan berteleku di sejadah sampai 15 menit setelah syuruq.
📝 Mulakan takbir selepas salam seperti diajarkan nabi. صلى الله عليه وسلم
📝 sembahyang menanti syuruq membaca al Quran dan bertasbih, bertahlil bertahmid kepada Allah jangan lupa wirid pagi.
📝 Jam 7:15 pagi solatlah dua rakaat syuruq agar mendapat pahala haji dan umrah bersama rasulullah jangan sampai terlepas.
📝 jika mampu, janganlah tidur sepanjang hari! agar tidak terlepas sedetik pun dari zikir dan doa dan yakinlah Allah akan qabulkan.
📝 kalau pun tidur, niatkanlah agar mendapat kekuatan untuk taat ibadah kepada Allah.
📝 Kemudian bangun untuk solat dhuha minimal 4 rakaat lalu berdzikir, tilawah, perbanyakkan ungkapan :
_" لا إله إلا الله وحده لا شريك له الملك و له الحمد و هو على كل شيئ قدير..."_
📝 Solat dzuhur bertakbir dan bertasbih dan bacalah al Quran.
📝 Dengarlah khutbah Arafah sepenuh perhatian, berazamlah untuk melakukaknnya sebaik baiknya utk tahun ini insha Allah.
📝 Solat ashar dan bertakbir serta wirid petang.
📝 Baca al quran sampai sebelum maghrib, mulakan doa dengan khusyuk dan bayangkan hari kita akan beridiri di hadapan Allah, jangan lupa doakan saudara saudara kita di seluruh dunia. اللهم إغفر للمؤمنين والمؤمنات والمسلمين والمسلمات الاحياء منهم والاموات
📝 Berdoalah kepada Allah agar tidak terbenam mentari Arafah, melainkan dosa kita telah terampuni.
📝 berDoa juga semoga Allah memberi petunjuk untuk melakukan semua amal soleh dan menerima amal kita.
📝 Bila adzan maghrib, buka puasa jangan lupa berdoa karena di waktu ini doa kita tidak akan tertolak.
Ingatkan ahli keluargamu dan mereka yang kamu sayang...
Semoga Allah menjadikan kita merdeka dari neraka dan amalan kita diterima...
Semoga Allah membalas kebaikan orang yang mengirimkan pesan ini, dan mereka yang mengingatkan keluarga serta saudara saudaranya dengan segala kebaikan.
🏞 _*Semoga Allah membahagiakan kita dunia dan akhirat*_ 🏞
Komentar
Posting Komentar